3 tanda apabila kucing datang pada kita


3 TANDA APABILA KUCING DATANG PADA KITA
Bila kita makan di kedai makan, Tiba-tiba ada kucing datang.
Minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain?

PERTAMA

Allah sedang bagi tahu.
Makanan kita, hak kita itu, bukan semuanya rezeki kita.
Sebahagiannya rezeki kita itu, adalah rezeki kucing itu.
Sebab itu kucing itu datang pada kita.

KEDUA
Allah sedang bagi tahu.
Apabila kita memberi makanan kepada kucing itu.
Rezeki lain akan Allah ganti. Yang lebih baik.
Sebab 1 kebaikan itu, Allah balas dengan 10 kebaikan dan pahala.
Malah Allah Maha Mampu, bagi lebih dari itu.

KETIGA
Allah sedang bagi tahu.
Apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu.
Sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita.
Rezeki itu luas. Bukan hanya pada wang.
Tapi meliputi semua kehidupan.
Ingin ikhlas memberi, berilah kepada haiwan.
Kerana haiwan tidak pandai ucap terima kasih kepada kita.
Ia hanya tahu minta dan makan dan tidak menjanjikan apa-apa untuk kita.

ITULAH SEIKHLAS-IKHLASNYA AMALAN MANUSIA... BERSEDEKAH KEPADA HAIWAN.

0 comment... add one now