IMAM GHAZALI rahimahullah berkata bahawasanya agama itu terbahagi kepada dua. Pertamanya meninggalkan maksiat yang ditegah dan satu bahagian lagi adalah mengerjakan segala yang disuruh.
7 anggota badan manusia yang selalu membuat dosa :
1. LIDAH diciptakan oleh Allah untuk berkata-kata. Maka hendaklah ia digunakan mengikut fungsinya yang benar. Janganlah sampai ia diseleweng dengan menuturkan kalimah dusta walau untuk tujuan bergurau-senda, mengumpat, menfitnah, bertengkar dan mengucapkan segala perkataan kotor. Rasulullah s.a.w. bersabda, “ Sesungguhnya dusta itu satu pintu dari sifat munafik.”
7. PERUT pula hendaklah dipelihara dari memakan yang haram dan yang syubhah ( tidak jelas antara yang halal dan haram ). Ini kerana makanan yang kita makan akan menjadi darah daging. Rasulullah s.a.w. bersabda, “ Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram maka neraka adalah lebih utama untuknya.”
Rasulullah s.a.w. turut bersabda lagi, “ Ibadat dan ilmu yang disertai dengan memakan rezeki yang haram seperti membina rumah di atas himpunan najis.”
Begitulah nasihat Imam Ghazali didalam kitabnya yang agung, ‘ Bidayatul Hidayah .’ Sesungguhnya di akhirat nanti segala anggota tersebut akan memberi kesaksian di atas apa yang dikerjakan di muka bumi ini sebagaimana firman Allah di dalam Surah Yasin :
“Pada hari Kami kunci mulut-mulut mereka dan tangan-tangan mereka memberitahu Kami dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang telah mereka usahakan.”
1. LIDAH / MULUT
Suka mengumpat, memfitnah, bercerita buruk, menipu.
2. TELINGA
Suka mendengar sesuatu yang buruk, yang melalaikan.
3. MATA
Suka tengok benda yang haram. Lelaki suka melihat wanita ajnabi yang tidak menutup aurat. Menonton video / gambar lucah.
4. TANGAN
Suka buat zalim, kejahatan. Pukul orang, mencuri, sentuh sesuatu yang haram.
5. KAKI
Suka berjalan ke tempat maksiat dan ke tempat-tempat yang melalaikan dan tidak berfaedah.
6. KEMALUAN
Suka berzina, beronani, meliwat, merogol.
7. PERUT
Makan dan minum sesuatu yang haram dan dari sumber yang tidak halal.
Individu yang berbuat maksiat adalah mereka yang mengkhianati Allah dan mengkufuri nikmat yang dianugerahkan-Nya. Ini kerana anggota tubuh badan adalah satu nikmat dan amanah Allah kepada hamba-Nya.
Sekiranya hamba tersebut menggunakan anggota itu kepada perlakuan maksiat, ia telah menyalahi fitrah kejadiannya sendiri. Di waktu inilah seseorang itu menjadi kufur terhadap nikmat Allah.
Oleh itu, hendaklah setiap individu m uslim menjaga sungguh-sungguh seluruh anggota badannya terutamanya ANGGOTA YANG 7 iaitu memelihara MATA, TELINGA, LIDAH, PERUT, KEMALUAN, TANGAN dan KAKI.

Ini kerana Neraka Jahannam itu terdiri dari 7 PINTU dan tidak terhumban ke dalamnya anak Adam melainkan maksiat ANGGOTA YANG 7 itu.
1. LIDAH diciptakan oleh Allah untuk berkata-kata. Maka hendaklah ia digunakan mengikut fungsinya yang benar. Janganlah sampai ia diseleweng dengan menuturkan kalimah dusta walau untuk tujuan bergurau-senda, mengumpat, menfitnah, bertengkar dan mengucapkan segala perkataan kotor. Rasulullah s.a.w. bersabda, “ Sesungguhnya dusta itu satu pintu dari sifat munafik.”
2. TELINGA yang berfungsi untuk mendengar sesuatu harus dicegah dari mendengar segala perkataan bid’ah yang menyimpang dari ajaran agama, mendengar umpat-mengumpat dan kata-mengata, mendengar perkataan yang keji dan juga mendengar perkataan yang batil dan sia-sia.
3. MATA yang dianugerahkan Allah untuk melihat dan memimpin anggota tubuh yang lain wajib dielakkan dari melihat empat perkara. Peliharalah mata dari melihat perkara yang haram seperti aurat perempuan, melihat gadis remaja dengan iringan syahwat, melihat kepada sesama muslim dengan pandangan yang menghinakan dan melihat segala keaiban orang lain.

4. TANGAN turut harus dijaga dengan sebaik-baiknya dari memalukan dan menjatuhkan maruah sesama Islam. Ia juga janganlah digunakan untuk mencapai tujuan yang jahat atau menyuruh berbuat yang haram.
5. KAKI pula hendaklah dipelihara dari melangkah ke tempat-tempat maksiat yang ditegah oleh syarak. Kaki, gunakanlah untuk ke masjid.
6. KEMALUAN, Imam Ghazali mengingatkan kita agar menjaga kemaluan dari segala yang diharamkan ke atasnya oleh Allah. Hendaklah ia dipelihara sebagai mana firman Allah, “ Dan mereka yang memelihara akan kemaluan mereka melainkan ke atas isteri mereka atau ke atas hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tiada dicela.”

RENUNGAN :