ANAK DERHAKA : DI TUTUP PINTU REZEKI, HIDUP TAK PERNAH TENANG

(Gambar sekadar hiasan)

Antara 3 tips murah rezeki ialah :

PERTAMA : JANGAN DERHAKA DENGAN IBU BAPA
Jangan kau lukakan hati ibubapa terutama IBU mu, maka tertutuplah pintu rezeki kamu. Hal ini paling yang ramai antara kita yang lakukan tanpa rasa berdosa. Ibu bapa mempunyai darjat yang tinggi di sisi ALLAH S.W.T. Mereka jugalah yang membesarkan, mengasuh serta mendidik kita menjadi orang berjaya. Mereka memelihara kita tanpa diminta balasan walaupun sedikit.

Firman Allah bermaksud :
“Dan sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan-Nya serta berbuat baiklah kepada Ibubapa.” (Surah An-Nisa ayat 36)


Bila kita selalu taat pada ibu bapa, INSYAALLAH, banyak rezeki yang bakal kita dapat sebagai anak iaitu mungkin rezeki kejayaan dalam pembelajaran.



Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. (Hadith Sahih riwayat al-Tirmizi).


Redha ibu bapa adalah keberkatan dalam hidup kita. Jangan kau lukakan hati mereka, nescaya hidupmu takkan pernah tenang dunia dan akhirat malah rezeki mu tiada keberkatan walau sebanyak mana pun takkan pernah cukup.



KEDUA :  BANYAKKAN BERSEDEKAH
Jarang kita dengar apabila orang bersedekah, mereka akan ditimpa kemiskinan. Tetapi sebaliknya yang berlaku iaitu rezeki semakin bertambah dengan bersedekah.



Firman Allah SWT  maksudnya : “Apa-apa yang kamu belanjakan daripada perkara yang baik, memberi sumbangan harta benda dengan tujuan dan nilai yang baik dimana kebaikan itu akan kembali kepada diri kamu. Dan apa-apa yang kamu belanjakan kerana mencari keredaan Allah” (Surah al-Baqarah ayat 272)


Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk  dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (Hadis Riwayat Bukhari).



Cuba latih diri sendiri untuk bersedekah dengan mendermakan duit walaupun seringgit di Masjid. Jadikan sebagainya tabiat.



KETIGA :  REZEKI ADA DALAM PERKAHWINAN
Kepada mereka yang ingin berkahwin, jangan melengah-lengahkan perkahwinan. INSYA ALLAH, akan dipermudahkan urusan dalam perkahwinan dan rezeki pun semakin bertambah apabila kita sudah berkahwin.

Ada pula yang berkata :

‘Saya perlu kumpul harta, sekurang-kurangnya kereta, rumah, jawatan yang berpendapatan tinggi dan lain-lain. Ataupun, saya belum bersedia, takut duit tak cukup nanti nak tanggung itu ini′

Allah akan tutup pintu rezeki kita dengan sesempit-sempitnya, jika kita melengah-lengahkan perkahwinan hanya kerana ingin mengejar impian keduniaan dahulu dan memberi pelbagai alasan sedangkan atas dasar kemahuan fitrah dan lumrah manusia perlukan pasangan dan ia dilakukan diluar perkahwinan akan mengundang pelbagai perkara2 maksiat yang kita sedar ataupun buat-buat tak sedar.

Seperti firman Allah didalam Surah Thaha, ayat 124 :

Rezeki milik Allah, Dialah sahaja yang berhak untuk menentukan sebanyak mana rezeki yang kita ada. Sememangnya usaha, doa dan tawakal perlu ada untuk mendapatkan rezeki, tetapi tidaklah sampai kita perlu merisaui berapa banyakkah rezeki yang kita dapat, kerana rezeki setiap manusia sudah ditetapkan Allah. Cuma, perkara yang perlu menjadi kerisauan kita ialah bagaimanakah kita ingin mendapatkan keberkatan dalam setiap rezeki yang kita dapat.

Bagaimanakah untuk mendapatkan keberkatan rezeki? Dengan berkahwin?

Ya, kerana dengan berkahwin, bukan sahaja rezeki yang kita menjadi berkat bahkan Allah akan buka pintu rezeki kita dengan seluas-luasnya kerana kita sudah mengikuti sunnah dan juga mendirikan separuh dari agama.

Seperti firman Allah dalam Surah Attalaq, ayat 2 dan 3 :


“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)



0 comment... add one now