SETELAH ISTIGHFAR, TAHFIZ KECIL HAFAL 30 JUZ DALAM MASA 20 HARI


Kisah keajaiban menghafal Al-Quran ini diceritakan  oleh Ustadz Anwar Mahzumi, salah seorang peserta program menghafal Al-Quran 30 juz dalam 30 hari, Disember 2014 lalu di Bali.

Peserta program menghafal Al-Quran saat itu terdiri dari pelbagai usia. Meskipun dikelompokkan berdasarkan usia, para peserta lelaki masih boleh bertemu setiap hari kerana tempat makannya di tempat yang sama.

Salah satu peserta yang ajaib saat itu berasal dari Aceh. Di hari pertama, beliau agak kelihatan sulit menghafal. Mengetahui teman-temannya sudah mulai hafalan satu dua juz, beliau menangis. Mengapa? Kerana beliau belum boleh lancar menghafal.

Bayangkan, anak sekecil itu, jauh dari rumah dan mendapati dirinya tertinggal jauh dibandingkan dengan teman-temannya. Kalau bukan kerana pertolongan Allah, mungkin beliau akan menyerah. Tapi tidak. Beliau merenung jauh. Merenung mengapa dirinya sukar menghafal. 

Dalam menungannya itu kemudian beliau menyedari satu perkara : beliau perlu membaca banyak istighfar. Beliau merasa perlu bersitighfar, MEMOHON AMPUN kepada Allah. Memohon ampun atas dosa dan memohon ampun kerana sukar menghafal.

Apa yang terjadi berikutnya? Keajaiban telah berlaku. “Setelah aku beristighfar,” kata Ustadz Anwar menirukan pelajar  itu, “seakan-akan Al-Qur’an berada di hadapanku ketika aku menghafal.”

MasyaAllah... Tak perlu lagi beliau membaca puluhan kali. Sekali dua membaca, dan beliau menghadap ke manapun untuk muraja’ah, seakan-akan di sana terbuka mushaf. Beliau ingat ayat demi ayat dalam halaman mushaf tersebut.

Beliau yang awalnya tertinggal dari teman-temannya tiba-tiba menghafal dengan pantas. Lepas satu juz ke satu juz yang lain. Dan akhirnya menghabiskan semua hafalannya dalam tempoh 20 hari. Subhanallah. 

Bagaimana dengan kita? Banyak di antara kita yang mengeluh sukarnya menghafal Al-Qur’an. Namun, sudahkah kita bertaubat? Meminta ampun ke[pada Allah? Sudahkah kita banyak-banyak membaca istighfar? Anak kecil yang mungkin belum punya dosa saja memilih banyak beristighfar dan kemudian dimudahkan Allah menghafal Al-Quran. Tentu kita yang telah berumur ini ada banyak dosa. Boleh jadi kemaksiatan dan dosa-dosa kita yang selama ini menghalangi kita dari menghafal Al-Quran.

Astaghfirullahaladhiim.

0 comment... add one now