Ada 4 sebab kenapa Dato’ Siti Nurhaliza digemari ramai


Daripada kajian, mari kita lihat 4 sebab mengapa Siti begitu digemari oleh rakyat Malaysia.

1. Bakat yang hebat

Memang tidak dapat dinafikan Dato’Siti Nurhaliza adalah seorang penyanyi yang dianugerahkan dengan bakat yang hebat. Siapa yang tidak mengenali dan menggemari nyanyian Siti? Hampir semua lagu Siti berjaya menarik perhatian pendengar dan kegemilangannya bukan sahaja di negara kita malah juga di luar negara.

2. Rajin dan tidak berputus asa

Ternyata Siti telah membuktikan bahawa kejayaan seseorang tidak hanya bergantung kepada pendidikan yang tinggi. Walaupun Siti tidak memperoleh ijazah, perkara ini tidak menyebabkan beliau untuk berputus asa sebaliknya berusaha untuk mencapai sesuatu dalam kehidupannya. Kemenangan Siti dalam pertandingan Bintang HMI 1995 telah menjadi titik permulaan kerjaya seninya. Dengan usaha yang gigih, kini Siti menerima gelaran Dato’ dan menjadi seorang usahawan terkenal dengan jenamanya sendiri SimplySiti.

3. Berbudi bahasa

Malah penyanyi ini tidak pernah berhadapan dengan kontroversi dan sekalipun terpalit cerita yang kurang enak mengenainya beliau bijak menangkis serangan dengan jawapan bernas kepada wartawan. Walau kini berada di puncak kejayaan, Siti tidak pernah bersikap angkuh. Siapa yang tidak sayang kepada artis yang berbudi bahasa seperti Siti?

4. Paras rupa yang cantik

Selain daripada itu, Siti Nurhaliza mempunyai berperawakan yang menarik, cantik dan manis. Tidak jemu kita memandang wajahnya. Dengan paras rupa yang manis dan suara yang merdu, penyanyi ini berjaya menawan hati peminatnya daripada semua golongan usia.





0 comment... add one now