AYER KEROH MELAKA - KOBEMAS Melaka Berhad kini beroperasi di bangunan sendiri di Taman MITC Prima (No. 24, Jalan MITC Prima, 75450 Ayer Keroh Melaka. Talian : 06 - 253 5565 / 253 5563). Pengerusinya, Tuan Hj. Amir Hamzah Tan Sri Ab. Aziz diberi mandat dan kepercayaan untuk menerajui KOBEMAS dengan dibantu oleh pengurus-pengurus dan esekutif-esekutif muda dengan idea-idea yang lebih mantap dan semangat kerja yang tinggi untuk melancarkan operasi dengan lebih cemerlang.
Beliau meminta kepada semua ahli KOBEMAS berurusan terus di pejabat urusan Kobemas seperti alamat di atas.
INFO KOBEMAS MELAKA BERHAD Seperti yang kita sedia maklum, KOBEMAS adalah singkatan bagi Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad. Undang-undang kecil KOBEMAS telah diluluskan oleh mesyuarat Agung Permulaan pada 10 Ogos 2010 dan telah didaftarkan pada 13 Oktober 2010. Pemilihan Ahli Lembaga turut diadakan didalam mesyuarat Agung Permulaan KOBEMAS.
Aktiviti utama KOBEMAS ialah :
- Menjalankan aktiviti perniagaan (Perhotelan).
- Menjalankan aktiviti perladangan dan perkhidmatan.
- Membeli, memindah hakmilik, membina, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tidak alih.
TUJUAN KOBEMAS DITUBUHKAN
- KOBEMAS ditubuhkan bertujuan untuk membantu golongan-golongan masyarakat yang belum melepasi paras garis kemiskinan yang terdiri daripada penerima-penerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka yang berjumlah seramai 28,047 orang ahli.
ANTARA AKTIVITI / PROGRAM KOBEMAS
Hotel Kobemas yang terletak di Taman Prima MITC Ayer Keroh Melaka. Sebuah Hotel yang bertaraf 3 bintang.















