Suami balas dendam memburu seekor buaya yang membaham isterinya yang sarat mengandung



Seorang nelayan nekad memburu seekor buaya yang membaham isterinya yang sedang sarat mengandung. Beliau sangat marah dan memburu buaya sepanjang 20 kaki tersebut untuk membalas dendam.



Isterinya, Demeteriya Nabrie, telah keluar mencari kayu api berhampiran Sungai Nawaikoke (Uganda) berhampiran dengan rumah mereka (Desa Kibuye) dan tidak pulang selepas beberapa jam.

Apabila isterinya lambat pulang, beliau dan orang-orang kampungnya telah keluar mencari Demeteriya dan terjumpa sesuatu yang mengejutkan iaitu keratan kaki mangsa yang masih berselipar serta telefon bimbit.

Berang dengan kejadian itu suaminya Mubarak Batambuze telah pergi ke kedai besi untuk menempah sebatang lembing yang paling tajam untuk memburu haiwan reptilia tersebut.

"Saya berjumpa dengan seorang tukang besi dan membayarnya £4.65 (RM25.02) supaya dia boleh membuat lembing paling tajam untuk saya." katanya.

Beliau yang terus ke sungai selepas lebing besinya itu siap telah berjaya menjejak haiwan tersebut berhampiran dengan lokasi tempat kejadian isterinya dibaham seminggu lalu.

Lelaki berusia 57 tahun itu kemudiannya membalas dendam dengan menangkap haiwan itu naik ke tebing sungai dengan bantuan lima nelayan lain dan membunuhnya.

Beliau kini dilabelkan sebagai hero oleh penduduk kampung kerana telah membunuh buaya yang paling ganas yang telah menghantui penduduk kampung sejak setahun lalu.


0 comment... add one now