Kepada semua umat Islam.
Berhati-hatilah untuk membeli Fishball kerana sekarang heboh dIperkatakan tentang Fishball isi ular sawa dipasaran. Produk isi ular sawa lebih murah dan senang diproses.
Produk kononnya Fishball tersebut dibuat daripada isi ikan Yu atau sebagainya namun hakikatnya adalah isi ular sawa. Untuk makluman pengguna, di Thailand ular sawa adalah sejenis reptilia yang sentiasa tersedia untuk diperdagangkan, dimana kulitnya bermutu tinggi dan sering digunakan untuk pembuatan barangan kulit yang berjenama.
Manakala daging-daging ular sawa pula akan dijadikan sumber makanan yang eskotik oleh pengemar makanan aneh terutama kepada pelancong-pelancong asing.
Kebanyakan Kilang-kilang memproses kulit ular sawa turut terlibat dalam pengeluaran bahan makanan berasaskan daging ular sawa. Namun terdapat juga syarikat-syarikat pengeluar makanan yang terus mengimport daging-daging ular sawa yang telah dilapah daripada syarikat memproses kulit ular sawa.
Isi daging ular sawa ini akan dikisar sehingga lumat sebelum diadun dengan campuran tepung ubi, garam dan bahan pengawit sebelum dipaket dalam berbagai saiz untuk dipasarkan dan dieksport terutama ke Malaysia.
Untuk membezakan antara Fishball yang diperbuat daripada isi daging ular sawa dengan isi ikan yang sebenar adalah :
i . Isi Fishball ular sawa berwarna putih sedikit gelap dan rasanya sedikit keras dan kenyal.
ii. Isi Fishball original yang diperbuat daripada isi ikan adalah lebih putih dan lembut.
ii. Isi Fishball original yang diperbuat daripada isi ikan adalah lebih putih dan lembut.
Kepada pengemar Fishball anda dinasihatkan lebih berhati-hati dalam membeli Fishball di pasar-pasar dan supermarket. Pilihlah produk muslim yang tertera HALAL oleh pihak JAKIM. Kalau masih ragu-ragu jangan memakan Fishball.
(Dari sumber rakan muslim di Thailand).