IBU ADALAH SAHABAT SEJATI ANAK REMAJA


Dalam kehidupan ini, seorang ibu memiliki peranan sangat penting dalam perkembangan mental serta emosional seseorang anak. Ibu digambarkan oleh anak, sebagai seorang malaikat yang nyata dalam kehidupan mereka. Kasih sayangnya tidak ternilai dan tidak boleh diganti dengan apa pun.

Dalam filosofi China ada sebuah konsep keseimbangan yang lebih sering dikenal dengan istilah Yin-Yang, yang biasanya digunakan untuk mendeskripsikan sifat kekuatan yang saling berhubungan dan berlawanan di dunia ini dan bagaimana mereka saling membangun antara satu sama lain. Hal yang sama juga terjadi di dalam keluarga, orang tua yang terdiri dari ayah dan ibu, fungsi seorang ibu juga adalah sebagai penyeimbang.




Dalam setiap rumah tangga, peranan ibu sangat diperlukan. Walau sebaik-baiknya seorang ayah, dia tidak akan boleh menggantikan peranan sebagai ibu. Kepekaan, kasih sayang dan kelembutannya, kudrat Ilahi inilah yang tak dimiliki oleh seorang lelaki.

Karakter seorang ibu sangat penting bagi setiap anak baik perempuan mahupun lelaki. 


Namun khususnya bagi anak lelaki, ibu adalah cinta pertama dan sejatinya, yang dapat mendidiknya untuk menjadi peribadi yang penuh kasih dan bertanggung jawab. 

Para ibu betapa pentingnya peranan anda terhadap anak lelaki anda (khususnya). Didiklah mereka agar menjadi "lelaki" yang sabar, penyanyang, penuh percaya diri dan bertanggung jawab kepada keluarganya suatu hari nanti.



Berikut adalah 6 cara yang boleh anda gunakan untuk menjadi ibu yang baik bagi anak lelaki anda :


Bagi anak-anak, kerana kesabaran dan kepekaannya, ibu sering digunakan sebagai tempat untuk mencurahkan segala beban dan permasalahan hidupnya. Kadang kala pula keakraban seorang anak terhadap ayahnya tidak boleh mengalahkan keakraban anak kepada si ibu.

1. Ibu Mengajarkan Kesabaran
Masalah demi masalah yang menimpa dalam keluarga anda, hendaknya anda tangani dengan kesabaran. Kesabaran yang ditunjukkan oleh seorang ibu, dapat menjadi contoh nyata bagi anak-anaknya. 


Ketika anda sabar dan tabah, hal itu akan mengajarkan kepada anak anda, secara tidak langsung, agar mereka juga kuat mengatasi permasalahan yang akan dihadapinya kelak ketika sudah dewasa nanti. 



2. Ibu Mengajarkan Kelembutan Dan Hormat Orang Tua 
Seorang anak lelaki yang membesar tanpa seorang ibu, umumnya akan menjadi seseorang yang kasar, kurang peka terhadap diri sendiri, tidak menghargai orang lain serta orang di sekitarnya. 

Ataupun anak lelaki yang dibesarkan dalam suasana keluarga yang bermasalah, akan berubah menjadi kasar, terutama jika ibunya gagal menunjukkan tauladan yang baik pada anaknya. Jika ibunya kasar, anaknya akan menjadi anak yang liar.

Ajarkanlah kepada anak lelaki anda agar menjadi lemah lembut dalam bersikap, tanpa harus menghilangkan sisi ketegasannya. Yang paling utama ialah menghormati orang tua terutama ibubapa. 

Tunjukkan tauladan yang baik, dengan menunjukkan contoh bagaimana anda melayan kedua ibubapa anda. Jika anda derhaka dan berkasar dengan ibubapa anda, anak anda juga akan mengikut cara anda kelak iaitu engkar dan melawan anda. Atau pun berlaku kurang ajar kepada anda.



3. Ibu Adalah Sebagai Pengadil 
Paling utama, jangan pilih kasih antara anak-anak anda. Situasi ini akan membuatkan jiwa anak anda tidak puashati dan memberontak. 

Kadang kala di dalam rumah tangga konflik pertikaian sesama anggota keluarga tidak boleh dielakkan. Disini lah ibu adalah satu-satunya orang yang seharusnya berdiri pada posisi neutral iaitu ADIL. 

Jadilah orang tengah dan pendamai perselisihan antara anak dengan ayah atau anak dengan adik beradiknya. Secara singkat jadilah "pengadil" untuk mempersatukan seluruh anggota keluarga, agar dapat bekerjasama dengan baik. Dan kawal suasana agar semuanya selesa dan puashati dengan keputusan anda.



4. Ibu Menjadi Pendorong Yang Terbaik 
Ada kalanya hari-hari anak anda penuh dengan pelbagai dugaan dan ujian. Jadilah ibu yang peka dengan situasi yang anak anda sedang rasakan. Berfikirlah secara positif dan berikan kata-kata dorongan serta kata-kata semangat agar anak anda memiliki keyakinan dan mempunyai perasaan optimis yang tinggi bahawa segala sesuatu masalah, pasti ada jalan keluarnya.



5. Ibu Menjadi Penasihat Yang Baik
Ada kalanya seorang anak akan bimbang ketika akan mengambil sesuatu keputusan untuk yang pertama kalinya. Peranan anda di sini sangat diperlukannya, berikanlah nasihat-nasihat yang dia perlukan. Bantulah dia untuk percaya diri dan mampu memahami keadaan baik serta buruk dari setiap keputusan yang akan dia akan ambil. 

Yakinkan dia bahawa apa pun keputusan yang akan dia akan ambil, itu adalah yang terbaik untuknya. Dan dia harus berani menanggung risiko setiap keputusan yang dia buat.




6. Menjadi Ibu Yang Berani Dan Pelindung 
Sebagai seorang wanita anda juga harus berani dalam melakukan berbagai keputusan. Kadang kala anda harus melakukan sendiri tugas-tugas seorang lelaki, tanpa harus menunggu hingga suami anda pulang dari kerja. 

Ketika hujan dan atap rumah bocor, ketika perayaan, mengecat rumah, bertukang contohnya. Berkebun dan lain-lain lagi. Mungkin bagi anda hal itu remeh, tapi di mata anak anda, anda adalah seorang ibu yang hebat dan berdikari. Mereka bangga mempunyai ibu seperti anda. Dan sudah semestinya anda menjadi idola mereka.




7. Ibu Menjadi Insan Yang Paling Memahami Dan Rakan Terbaik
Dekatkan diri anda sebagai seorang kawan kepada anak anda. Jangan mengongkongnya, beri kepercayaan padanya sambil terapkan nilai-nilai kejujuran dan amanah. Tunjukkan tauladan yang baik untuk anak anda contohi. 

Anda adalah "model" paling utama dalam kehidupan anak anda. Walau dalam apa situasi pun, pastikan anda dapat kontrol keadaan dan suasana. Dengan kasih sayang dan kepercayaan yang anda berikan, InsyaAllah, anak anda tidak akan sia-siakan apa yang anda lakukan untuk mereka. Malah mereka akan lebih menghargai, menyanyangi dan menghormati anda.














0 comment... add one now