KENAPA WANITA SOLEHAH BOLEH MENGALAHKAN BIDADARI SYURGA?


Suatu hari, Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Manakah yang lebih baik; wanita (muslimah solehah) dunia, atau bidadari syurga yang bermata jeli?”

“Wanita-wanita dunia,” jawab Rasulullah SAW, “lebih baik dari bidadari-bidadari bermata jeli, sebagaimana bahagian luar itu lebih baik dari bahagian dalamnya.”
Betapa mulianya wanita solehah itu, hingga bidadari syurga pun tidak  lebih mulia dari dirinya. Lantas, apakah penyebabnya?

“Penyebabnya,” jawab Rasulullah SAW menjawab pertanyaan Ummu Salamah, “ialah sollat, puasa, dan ibadahnya (wanita dunia) kepada Allah SWT”

Itulah sebabnya; perjuangan mengalahkan godaan dunia agar sentiasa beriman dan istiqamah dalam keimanan hingga ajal menjelang. Sebab, perjuangan mendapatkan dan mempertahankan keimanan adalah amal yang tak mudah.


Dengan kualiti ibadahnya itulah, “Allah SWT memberikan cahaya yang bersinar pada raut wajah mereka, dan mengenakan pakaian sutera di badannya. Warna kulit mereka putih, pakaiannya hijau, perhiasannya kuning, dan sisirnya (terbuat dari) emas.”

Ketika ada lelaki soleh yang masuk ke dalam syurga, maka wanita-wanita bermata jelita itu segera menyambut kedatangan suaminya itu. Kata mereka, “Kami hidup terus, dan tidak mati. Kami senang selama-lamanya, dan tidak akan pernah menderita lagi. Tidak akan pindah, selalu redha,  selama-lamanya.” “Berbahagialah siapa yang memiliki kami, dan dia menjadi milik kami.”

Allahuakhbar... Sebab tak mungkin bagi Allah SWT mengingkari janji-Nya, dan Nabi SAW adalah  yang paling benar ucapannya, maka yang paling penting untuk difikirkan adalah, “Layakkah kita mendapatkan anugerah indah bernama bidadari syurga itu?”

Lantas, jika seorang wanita menikah lebih dari sekali-dua atau tiga kali-kerana alasan yang diperbolehkan (suami meninggal atau bercerai), kemudian dia masuk ke syurga, tanya Ummu Salamah, “Siapakah yang menjadi suaminya di syurga?”


Jawab Nabi SAW, sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ath-Thabrani yang diambil  oleh Solikhin Abu Izzuddin dalam Bersama Ayah Meraih Jannah, “Wahai Ummu Salamah, dia diberi kebebasan memilih suami yang paling baik akhlaknya.”

Ummu Salamah pun berkata serta-merta di depan Nabi SWT yang merupakan suaminya itu, “Ya Rabbku, jika suamiku ini adalah suamiku yang paling tampan di dunia, maka nikahkanlah aku dengannya.”

Lalu Nabi memperbetulkan, “Wahai Ummu Salamah, ketampanan wajah musnah dengan kebaikan dunia dan akhirat.”

0 comment... add one now