Rahsia Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut
Sabda Rasulullah SAW :
“Cukurlah (menipiskan) kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)
“Tuhanku memerintahkanku untuk memelihara janggutku dan memotong kumisku.”
(HR. Thabrani)
Kajian Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut
Kajian Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut
Satu kajian yang dijalankan terhadap janggut menemui satu lagi bukti saintifik mengenai sunnah Nabi Muhammad saw dalam memelihara janggut.
Ini menunjukkan bahawa wahyu Allah yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad saw mendahului penemuan saintifik sejak lebih 1400 tahun yang lalu.
Kajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu. Dr. Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu.
SUBHANALLAH! Bagaimana caranya?

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.
SUBHANALLAH! Bagaimana caranya?
Hanya melalui sentuhan. Kepada sesiapa yang belum mempunyai anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu. Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya. Wallahualam.
KEHEBATAN JANGGUT ADAM
- Merupakan faktor kesuburan untuk mendapatkan zuriat (anak). Dari segi saintifik, janggut berfungsi mengeluarkan hormon-hormon tertentu yang dapat meningkatkan kesuburan wanita.
- Kata Dr. Sam : Jika terkena racun atau termakan racun maka hisaplah sekali hujung janggut yang beruban (kalau janggut pendek tak dapat nak tolong). Jika janggut berwarna hitam kemungkinan penawarnya kurang.
- Untuk para isteri : Rebutlah peluang ini. Celik mata dari tidur jangan terus bangun. Tengok muka suami usap janggut dia dari dagu sampai ke hujung. Nak buat banyak kali pun boleh. MasyaAllah. Pahalanya sangat-sangat hebat ganjarannya.
Kepada suami yang berjanggut pendek, mulai sekarang belalah sedikit panjang agar senang isteri dapat mengusap-usap janggut suami (jadikan amalan setiap hari).
Kepada yang tidak pernah bela janggut maka belalah. Yang berjanggut pendek, simpan sedikit panjang atau ikutlah panjang mana yang selesa. Wuduk yang diambil setiap kali disapu ke muka, maka akan mengalirlah dosa-dosa melalui helaian janggut-janggut Adam.
Jadi, jangan malu dikatakan tidak kacak atau tua daripada usia dengan imej berjanggut. Serlahkan simbol kelelakian anda. Disamping nampak segak bergaya, anda telah melaksanakan sunnah Nabi.