SUBHANALLAH :15 TANDA-TANDA KIAMAT KECIL TELAH PUN SEMPURNA


Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. 

Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

1) PENAKLUKAN BAITULMUQADDIS

Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: 
"Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 dan diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari.

2) ZINA BERMAHARAJALELA

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” 
Sahih Muslim.

3) BERMAHARAJALELA ALAT MUZIK

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini akan terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah.

4) MASJID DIHIAS DAN DIBANGGAKAN

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dengan mendirikan masjid” – Riwayat-Nasai.

5) MEMUTUSKAN SILATURAHIM DAN BERMUSUH DENGAN TETANGGA.

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” 
Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) RAMAI ORANG-ORANG SOLEH MENINGGAL DUNIA

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran.” 
– Riwayat Ahmad.

7) ORANG YANG HINA MENDAPAT KEDUDUKAN TERHORMAT

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia” – Riwayat Thabrani.

8) MENGUCAPKAN SALAM KEPADA ORANG YANG DIKENALI SAJA.

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenali sahaja.” – Riwayat Ahmad.

9) RAMAI WANITA BERPAKAIAN TETAPI HAKIKATNYA TELANJANG.

“Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan munculnya pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti bertelanjang”. -Riwayat Abu Hurairah.

10) BULAN SABIT KELIHATAN BESAR.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” – Riwayat Thabrani.

11) BANYAK DUSTA DAN TIDAK TEPAT DALAM MENYAMPAIKAN BERITA.

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengari oleh ibu-bapa kamu selama ini. Oleh itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” –Sahih Muslim.

12) BANYAK SAKSI PALSU.

“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad.

13) NEGARA ARAB MENJADI PADANG RUMPUT DAN SUNGAI.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim.

14) MANUSIA WARNAKAN RAMBUT  (HITAM) AGAR KELIHATAN MUDA.

“Pada akhir zaman akan muncul satu kaum yang mewarnai rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ dan mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” 
Sahih Abu Daud & Nasai

15) MUNCULNYA GAYA HIDUP MEWAH.

“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah Ibnu Umar r.a.

0 comment... add one now