Ini adalah sebahagian daripada soalan yang perlu dijawab oleh Iblis :
Rasulullah bertanya : Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang daripada umatku yang hendak solat?”
Iblis menjawab : "Panas dan gementar" , lantas baginda bertanyakan mengapa.
Iblis menjawab : “Kerana setiap kali seorang hamba bersujud sekali kepada Allah dan Allah mengangkatnya satu darjat.”
Baginda bertanya lagi : "Apa yang kau rasakan jika seorang umatku berpuasa, menunaikan Haji dan membaca Al-Quran?.
Iblis menjawab : “Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka, aku seperti orang gila dan aku berasa meleleh laksana timah di atas api.”
Apabila ditanya : "Jika seseorang umat Rasulullah bersedekah?."
Iblis menjawab : "Ia sama seperti individu berkenaan membelah tubuhnya dengan gergaji."
Baginda kemudian bertanya mengapa iblis terasa seperti itu?
Baginda kemudian bertanya mengapa iblis terasa seperti itu?
Lantas makhluk dilaknati Allah itu menjawab : “Kerana dalam sedekah ada empat keuntungan baginya iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.”
Baginda meneruskan soalan: “Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?”
Iblis menjawab : “Suara kuda perang di jalan Allah.”
Soal baginda seterusnya: “Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?”
Iblis menjawab :“Taubat orang yang bertaubat.”
Rasulullah meneruskan soalan : “Di manakah kau menaungi anak-anakmu di musim panas?”

Dan dijawab iblis: “Di bawah kuku manusia.”

.jpg)