12 WAKTU : DOA PALING MUSTAJAB


Di dalam Islam ada beberapa waktu-waktu yang makbul jika melakukan doa. Apabila kita telah tahu perkara ini, sebaiknya kita melakukan doa pada waktu-waktu tersebut. Diantara waktu-waktu mustajab untuk berdoa, adalah :

1. Pada waktu hari Arafah.
2. Sepanjang hari di bulan Bulan Ramadhan.
3. Pada hari Jumaat.
4. Pada ketika sahur.
5. Waktu diantara azan dan iqamat.
6. Waktu selepas solat.
7. Waktu disaat turun hujan.
8. Ketika melakukan perang di jalan Allah.
9. Disaat khatam Al-Quran.
10. Ketika melakukan sujud.
11. Waktu ketika berbuka puasa.
12. Disaat merasakan kehadiran hati dan rasa takut kepada Allah.



Cara Berdoa yang Mustajab

Sebelum berdoa, siapkan diri kita dalam hal-hal berikut:
  • Fokuskan hati kita terus kepada Allah SWT. Jangan ingat sesiapapun. Hati-hati dengan sikap syirik (dosa yang paling besar}.
  • Sediakan hati untuk bersungguh-sungguh dalam berdoa. Fokuskan bahawa kita sangat memerlukan pertolongan-Nya.
  • Hadirkan hati kita kepada Allah SWT dengan penuh kekhusyukan.
  • Yakinkan selalu harta, makanan, minuman dan pakaian kita didapatkan dengan cara yang halal.
  • Luruskan niat berdoa. Jangan berdoa untuk melakukan dosa, khianat atau memutuskan silaturahim.
  • Sentiasa berfikirkan positif. Yakinlah bahawa Allah SWT akan mendengar doa kita dan akan mengabulkannya.
  • Jika boleh, usahakan mengambil wudhu terlebih dahulu.

Cara berdoa yang baik adalah seperti berikut. Ini adalah turutan langkah dalam berdoa:
  1. Mulailah dengan bismillah.
  2. Memujilah kepada Allah SWT. Cukuplah sekali ucapkan “Alhamdulillahi robbil ‘aalamiin”.
  3. Berselawatlah untuk Rasulullah SAW.
  4. Sebutlah salah satu atau beberapa nama Allah SWT (asmaul husna) dengan tertib dan penuh kerendahan hati.
  5. Lanjutkan asmaul husna tadi dengan isi permintaan kita. Akan lebih baik jika maksud asmaul husna-Nya sesuai dengan isi permintaan kita. Pada langkah ini, sebaiknya juga menggunakan doa yang ada dalam Al-Quran atau dicontohkan Rasulullah SAW, namun jika kita tidak hafal, boleh gunakan dengan bahasa sendiri.
  6. Akhiri  doa dengan selawat kembali untuk Rasulullah SAW, memuji Allah SWT sekali lagi, lalu ucapkan Amin.
Ada beberapa jenis doa yang sangat makbul, iaitu:
Doa orang yang sedang dalam keadaan terdesak.
Doa orang yang teraniaya atau terzalimi.
Doa anak yang soleh dan berbuat baik pada ibu bapanya.
Doa seorang muslim yang tidak  berbuat zalim dan tidak pernah memutuskan silaturahim.

Demikianlah 12 Waktu-waktu Doa Mustajab Dan Cara Berdoa Dikabulkan, Semoga bermanfaat.





0 comment... add one now