Datuk Siti Nurhaliza antara yang tersenarai antara 5 wanita terkaya di Malaysia



Datuk Siti Nurhaliza, beliau antara penyanyi paling popular di Malaysia dan yang banyak mencipta nama dalam bidang hiburan tempatan dan juga Asia Tenggara.

Senarai 5 wanita terkaya Malaysia – Datuk Siti Nurhaliza memulakan kariernya pada tahun 1995 setelah memenangi Bintang HMI terbitan RTM dan sejak itu namanya terus meningkat. Kini beliau bukan saja bergelar penyanyi tersohor malah merupakan ahli perniagaan berjaya dengan produk kosmetik dan penjagaan kecantikan SimplySiti.

Baru-baru ini, Savemoney.com telah membuat artikel mengenai lima wanita terkaya di Malaysia. Mungkin tidak mengejutkan, Datuk Siti disenaraikan sebagai wanita ketiga terkaya di negara ini dengan anggaran aset sebanyak RM 50 juta.

Sepanjang kariernya, Datuk Siti telah menerima lebih 200 anugerah tempatan serta dinamakan antara dua jutawan dalam bidang hiburan di Asia Tenggara.

Menurut artikel itu juga, wanita terkaya di Malaysia ialah Puan Seri Lee Kim Hua, balu pemilik empayar Gentiing iaitu mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dengan jumlah aset RM21.32 bilion.

Kedua ialah Datuk Seri Michelle Yeoh, pelakon yang terkenal dengan filem Crouching Tiger Hidden Dragon dengan anggaran kekayaan sebanyak USD 245 juta.

Wanita Malaysia keempat terkaya ialah bekas Miss Malaysia 1969,Pauline Chai yang menerima RM244,568 dari harta bekas suaminya setiap bulan yang merupakan seorang taikun United Kingdom, Dr. Khoo Kay Peng, bernilai RM2.3 bilion.

Wanita kelima terkaya Malaysia ialah Datuk Nicol Ann Daviddengan aset yang dianggarkan bernilai RM1.4 juta hasil kemenangan dan kejayaan dalam kejohanan bagai pemain skuasy nombor satu dunia.



0 comment... add one now