Kenapa Orang Gila Tidak Pernah Sakit?


Pernahkah kita terfikir, kenapa orang gila yang berkeliaran itu tidak pernah sakit. Padahal mereka jarang sekali mandi, bahkan makan dan minum saja tidak menentu dan tidak memikirkan kebersihan pada makanan yang dia makan, tidak mengenakan baju yang bersih. Tidur juga di tempat yang kotor. Tapi kenapa mereka sentiasa kelihatan sihat berbanding dengan kita yang makan minum terjaga?

Adakah setiap orang gila itu memiliki tingkat kekebalan fizikal dan body balance yang kuat, malah mungkinkah dalam tubuh orang gila itu ada zat aneh? (zat yang boleh melawan penyakit?).

Menjawab soalan-soalan tersebut rupanya sangatlah mudah. Orang gila tidak pernah sakit kerana mereka  tidak pernah stress. Orang gila tidak pernah memiliki beban fikiran dan orang gila selalu bahagia dalam hidupnya.



Mereka tidak pernah peduli dengan sesuatu hal disekitarnya dan itulah yang membuat keadaan tubuhnya menjadi jauh lebih sihat di bandingkan dengan orang normal seperti kita.

Dan satu pelajaran yang perlu kita ambil dari orang gila adalah orang gila tidak pernah mengeluh kepada apa yang telah diberikan oleh Tuhan untuk dirinya, malah orang gila tidak pernah merasa kekurangan walaupun kehidupannya sebenarnya sangat susah dan sukar untuk dilalui. Mereka tidak ada keinginan kepada barangan-barangan dan keperluan-keperluan harian yang mahal-mahal. Mereka tiada kehendak seperti manusia normal.

Berbeza dengan orang normal yang selalu lupa untuk mensyukuri apa yang telah di berikan oleh Allah SWT kepada mereka dan mempunyai kehendak yang macam-macam demi untuk kepuasan diri.

Apakata, mulai sekarang kita cuba hidup dengan mengambil sudut positif dari ORANG GILA yang tidak mudah mengeluh, selalu bergembira dan tidak ada masalah, tidak pernah merasa kekurangan dan lain-lain.

Dan jangan lupa tentunya untuk mendapatkan sesuatu kesenangan atau sesuatu yang di idamkan contohnya seperti kereta, rumah dan lain-lain itu, selain mengambil sudut positif dari ORANG  GILA, juga harus di iringi dengan usaha dan doa. Anda akan merasa lebih sihat dan tenang ketika menyedari hal itu.

Dan bersyukurlah anda dilahirkan sebagai orang normal yang jauh lebih baik dari orang gila kerana orang normal ada akal untuk berfikir mana yang baik di lakukan dan mana yang tidak.

Muhasabah diri sendiri. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kita. Amin.

0 comment... add one now