6 cara menjadi kaya



6 CARA MENJADI KAYA

1. Pilih ibu bapa yang kaya raya, kalau gagal lihat nombor 2.

2. Pilih pasangan anak tunggal orang yang SUPER kaya-raya. 
Kalau gagal juga, lihat nombor 3.

3. Beli loteri. Kalau tak ada, atau tak dapat,
terpaksa pakai jurus nombor 4.

4. Rompak bank. Tapi kalau tak berani dan takut kena tembak,
maka terpaksa pakai jurus nombor 5.

5. Belajar dengan rajin, Usaha dan kerja keras. Cari duit yang halal. Kalau sudah kerja 20 tahun, masih tak kaya-raya juga, maka terpaksa pakai jurus yang terakhir, iaitu jurus nombor 6.

6. Belajar menjadi kaya, belajar merasa kaya, mensyukuri apa yang kita terima setiap hari. Buang hasutan Syaitan yang mengaburi mata kita dengan duit. Berterima kasih dengan segala Rahmat dan Nikmat yang ALLAH beri. 

Maka nescaya kita akan menjadi kaya raya.

Pesanan Moral :

"Kekayaan tidak dinilai daripada banyaknya harta, tetapi kekayaan jiwa."

0 comment... add one now