(Gambar sekadar hiasan)
Bukanlah kerana perubahan zaman yang moden mempengaruhi "selera" anak muda sekarang, tetapi kerana sikap kematangan anak-anak muda sekarang menjadi faktor utama mereka lebih senang memilih perempuan yang lebih berusia dari mereka atau pun janda. Dikalangan duda juga, rata-ratanya memilih janda untuk perkahwinan yang seterusnya.
Para lelaki bukan memilih janda untuk seks saja. Tetapi adalah kerana mereka "malas" nak layan kerenah gadis-gadis muda yang mengada-ngada dan "banyak songgeh". Hantaran kawin pun tinggi, tapi masak maggie dan air saja yang tahu. Tidak pandai layan keperluan suami dan perangai kebudak-budakkan. Mungkin tidak semua gadis begitu, namun kebanyakkannya memang begitu.
Antara 10 sebab kenapa lelaki sukakan janda :
1. Matang.
2. Pandai melayan suami (zahir dan batin).
3. Memahami dan boleh bertolak-ansur.
4. Menggoda dan pandai mengambil hati.
5. Biasanya janda ni cantik dan pandai jaga badan.
6. Hantaran tidaklah mahal sangat dan majlis pernikahan serba sederhana saja.
7. Pandai memasak dan menghias rumah.
8. Pandai melayan dan menghormati orang tua dan saudara-mara.
9. Tentunya seksi dan manja.
10. Pandai mencari duit sendiri dan berdikari.
Namun begitu harus diingat! Bukan semua janda seperti di atas. Malah kadang-kala janda lebih tinggi kosnya berbanding anak dara. "Lagak je lebih", macam bagus-bagus je. Hati-hati memilih janda, jangan pilih punya pilih, anda dapat janda yang menyusahkan je. Kenali dulu hati budinya, bercampur dengan rakan-rakan dan kenalannya, selidik latar belakangnya serta teliti dan halusi sikapnya.
Satu tip untuk memilih ISTERI ATAU SUAMI yang baik : LIHAT BAGAIMANA DIA MELAYAN KEDUA IBU BAPANYA.
Selamat bertemu jodoh sahabat ku semua...

