Resepi : Tomyam Seafood Special
UnknownBAHAN-BAHAN:
250gm udang
250gm isi ayam | dipotong
200gm sotong segar | dihiris
2 sudu makan pes tomyam
2 batang serai | diketuk
2 helai daun limau purut
2sm lengkuas
1sm halia | dihiris halus
2 ulas bawang merah | dihiris
3 tangkai cili padi | diketuk
1 biji tomato | dipotong
1 tangkai daun ketumbar | ambil akarnya sahaja
1 biji limau purut | diambil jusnya
500ml air
2 keping asam
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Di dalam sebuah periuk, reneh air bersama pes tomyam, serai, daun limau purut, lengkuas, halia, bawang merah, cili padi, dan akar daun ketumbar.
Masak hingga mendidih, masukkan jus limau purut, asam keping, isi ayam dan masak selama tiga hingga empat minit.
Selepas itu, masukkan tomato dan kecilkan api. Masukkan udang, sotong, garam dan gula secukup rasa. Biarkan didih sedikit dan tutup api.
Hidangkan dan sedia dinikmati.
Sumber : Rasa/karangkraf
0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →

