Ahmad Yasin, baru berusia 9 tahun. Namun perjuangannya dalam menghafal Al-Quran telah membuat banyak orang di sekelilingnya tidak dapat menahan air mata. Ayah, Ibu, dan para ustaz hinggalah kawan-kawannya.
Hari Jumaat (27/3/2015) yang lalu, Yasin membacakan hafalannya 30 juz. Beliau menamatkan hafalan juz terakhirnya kepada musyrif disaksikan puluhan hadirin dan teman seangkatan program Super Manzil. Tidak sedikit pun hadirin yang menyeka air matanya, mengiringi ayat demi ayat yang mengalir syahdu dari tahfiz yang baru berusia 9 tahun itu. Terutama kedua ibu bapanya yang hadir di sana tanpa pengetahuan Yasin.
Ketika Yasin selesai menamatkan hafalannya dan apabila beliau tahu ada ibu dan ayahnya di sana, beliau pun ikut menangis. Suasana menjadi sangat haru. Tahfiz kecil itu teresak-esak tanpa sanggup berkata apa-apa ketika kedua ibu bapanya diminta berucap. Kini, cita-citanya memakaikan mahkota syurga untuk kedua ibu bapanya telah beliau usahakan dan tentunya dengan mengharap redha Allah yang akan mengabulkannya.
Bukan kali ini saja Yasin membuat ibu bapanya terharu. Keharuan pertama telah beliau persembahkan ketika berniat menjadi tahfiz. Saat itu beliau baru duduk di semester kedua kelas 1 SD, tapi beliau berani tinggal jauh dari rumah untuk sekolah di Daurah Qabliyah Darut Tauhid Bandung. Waktu itu Yasin baru boleh Iqro’ jilid 3. Tapi Allah memberkati kesungguhannya. Dalam masa 3 bulan Yasin sudah boleh baca Al-Quran dan hafal juz 30. Ibu mana yang sanggup jauh dari anaknya. Menangis saat berpisah, itu adalah pasti. Rindu ketika tidak bertemu, itu sudah tentu. Namun demi cita-cita Yasin, keharuan itu berbuah manis pada masanya.
Pada pertengahan 2013 lalu, Yasin mengikuti Mukhayam Al-Quran yang digelar oleh Al- Hikmah Bogor. Beliau telah menjadi peserta termuda. Satu perkara yang sangat mengharukan dan menitiskan air mata orang-orang di sekitarnya terjadi ketika sessi game perang-perangan. Yasin yang bertugas membawa bendera berusaha menjaga agar tidak dirampas oleh ‘musuh’. Bendera akhirnya dirampas. Dan ketika itulah Yasin baru sedar bahawa darah telah membasahi sekujur lengannya. Rupa-rupanya tiang bendera dari buluh itu telah melukakan tangannya.
Petugas khas bergegas membantu Yasin. Mereka agak cemas kerana luka Yasin cukup besar. Ustaz mendukung Yasin dan membawanya ke hospital. “Ustaz, jangan beritahu ibu bapa saya, nanti mereka sedih,” pinta Yasin.
Yasin tidak menangis. Tetapi ustazah yang ada di sana yang bergenang airmata mendengar rintihannya. Dengan darah yang memenuhi sekujur lengan, Yasin berdoa, “Ya Allah… tolonglah aku… aku masih ingin menghafal…”
“Ya Allah… tolonglah aku… aku masih ingin menghafal…” Yasin mengulang-ulang doa itu. Membuat siapapun yang mendengarnya pasti tersentuh hatinya.
Di hospital Ciawi, Yasin harus dijahit dengan 14 jahitan.
Sumber : [Ibnu K/bersamadakwah]


Unknown
2:50 pm