Rozita Che Wan mengakui yang beliau ada menerima tawaran bernilai RM 1 juta dari sebuah jenama pengeluar tekstil terkenal untuk menjalankan kempen pengiklanan bersama mereka selama tiga bulan.
“Ya, memang betul tapi saya tidak terima jumlah berkenaan dalam bentuk wang tunai sepenuhnya. Ia sebenarnya merangkumi beberapa produk dan wang tunai yang merangkumi nilai tersebut,” ujar Rozita Che Wan memberikan penjelasan.
Che Ta juga meluahkan harapan beliau supaya orang ramai tidak menjadikan angka tersebut sebagai satu isu kerana ianya melibatkan tiga jenama di bawah pengurusan jenama tekstil terkenal tersebut yang dijalankan bersempena perayaan Aidilfitri kelak.
“Pada mulanya saya memang terkejut dengan tawaran itu dan dalam masa yang sama teruja sangat sebab rezeki ini membuktikan artis bertudung pun masih ada tempat untuk mendapat kontrak sebesar ini,” ujarnya yang kini berada di Jepun.



