Saya bertudung kerana mahu Zain masuk syurga : Rozita Che Wan


“Bagi saya bertudung bukan satu trend. Kebetulan saya, Elfira, Hanis dan Zulin ambil keputusan untuk bertudung dalam waktu yang lebih kurang sama, sebab itu nampak seperti trend. Ingin saya tegaskan, saya bertudung kerana menunaikan tanggungjawab sebagai isteri apabila Zain minta saya bertudung”


Suami tidak akan masuk syurga jika tidak membimbing isteri untuk sama-sama masuk syurga. Jadi, apabila memikirkan perkara itu, hati saya terdetik untuk berubah. Saya sayangkan Zain dan mahu masuk syurga bersama-sama, sebab itu saya ikut cakapnya,” jelas Che Ta.


Indah sungguh kenyataan yang dikeluarkan oleh Che Ta, sebak kami mendengarnya. Siapa sangka, selebriti yang sering terpalit dengan pelbagai kontroversi ini, akhirnya sudah mula berhijrah. ALHAMDULILLAH.



0 comment... add one now