1. Memberi 1001 Alasan
Apabila di ajak berjumpa, mulalah beribu alasan di cipta. Kerja bertimbunlah, sibuklah, tidak sihatlah, teman ibu pergi hospital lah. Ibu suruh balik kampunglah. Kadang-kadang alasan yang diberi berulang kali dan ketika itu satu per satu cerita dongeng di reka.
2. Off Telefon / Off kan internet (Whats App, FB, Wechat) / Silent Mode
Yang ini memang akan jadi persoalan besar bila sering kali keluar bersama, dimatikan telefon bimbitnya atau sengaja off kan line internet. Alasan yang selalu dipakai, bateri habis, tak perasan "ter" off kononnya. Bukan apa, dia risau kalau-kalau ‘madu’ anda cari, habis kantoi kegiatan dia... kan...
3. Tak bagi sentuh telefon bimbitnya
Kononnya kena hormat privacy masing-masing. Jika pasangan tengok hp, kononnya tiada lagi kepercayaan antara mereka. Mula bercakap tentang hormat-menghormati hak masing-masing. Orang yang curang, biasanya memang cukup pandai berkata-kata.
4, Panas baran
Ada saja benda yang tiba-tiba jadi tidak kena di mata dia. Perkara kecil dibesar-besarkan, melenting je dan nak marah tak tentu pasal. Padahal selama ini tidak pernah pun nak cepat melenting. Mula mengungkit itu ini tak puashati kononnya dengan sikap anda. Habis buruk anda diungkit dan yang baik tentang anda langsung pun tidak di sebut. Ada saja nak cari pasal, bukan apa, bila anda pula hilang sabar, itulah masanya dia nak off hp dan hilangkan diri untuk bersama perempuan lain. Sentiasa mencipta suasana yang nampak seperti anda yang bersalah.
5. Perubahan tingkah laku / minat
Si dia sudah tidak selalu mesra dan manja dengan anda seperti dahulu. Perbualan di telefon juga dia lebih banyak berdiam diri, kononnya tiada apa nak cakap.. Semasa ber-dating, si dia kurang peka dengan apa yang anda bualkan dan selalu memegang dan melihat telefon bimbitnya. Pergi tandas pun bawa telefon bimbitnya.
6. Memberi alasan
Bila anda menelefonnya, si dia cuba menyingkatkan perbualan sependek mungkin ; ibu memanggil di dapur atau ayah suruh tolong cuci kereta katanya. Sedang makan dengan rakanlah dan lain-lain. Jika diajak keluar pula, asyik berdalih dengan alasan sibuk atau banyak kerja untuk dibereskan. Bila diminta telefon untuk berbual jika ada kelapangan, dikatakan bil nya dah melambung tinggi dan menyarankan supaya berjimat cermat. Dan pelbagai lagi alasan diberi.
7. Mengelak pandangan mata
Apabila bersama anda, si dia lebih suka menundukkan wajah daripada melihat ke mata anda. Ini kerana mahu mengelak dari tembelangnya pecah kerana kata orang ‘The eyes are the mirror of the soul”
Si dia seperti gelisah. Asyik memandang jam tangan seolah-olah ada perkara yang lebih penting. Sehingga anda terganggu dengan gelagatnya yang tak ubah seperti cacing kepanasan. Ataupun apabila handphone-nya berbunyi, air mukanya mula berubah dan buat-buat ingin ke tandas (samada untuk reply mesej ataupun menelefon semula).
9. Kurang melafazkan kata-kata cinta
Jika dahulu, setiap mesej anda diselitkan dengan kata-kata cinta yang indah, ayat pun jiwang je semua. Kini tidak lagi. Kata ucapan dan pertanyaan daripada anda juga disambut dengan jawapan yang pendek saja.
10. Tersasul menyebut nama panggilan lain
Selama ini, anda dan sang kekasih membahasakan diri ‘papa-mama’. Tapi kali ini si dia kerap kali tersasul memanggil anda dengan panggilan ‘baby‘ atau ‘sayang’. Mungkin si dia telah terbiasa memanggil seseorang dengan nama itu hingga nama panggilan istimewa anda pun boleh tertukar.
11. Tidak menghargai pemberian anda
Hadiah anda ketika hangat bercinta yang dahulu menjadi harta paling berharga kini hanya disedekahkan saja kepada adik dan kawan si dia ataupun diletak bersepah-sepah. Anda juga perasan yang cincin ikatan cinta anda berdua pun sudah jarang tersemat di jarinya. Atau memang dia tak pakai langsung. Bila anda kerap bertanya, sidia akan menjawab "Cincin tu dah hilang".
12. Mencari kesalahan anda
Kerana ingin berpisah dengan anda, si dia berusaha untuk mencari silap anda untuk dijadikan alasan untuk perpisahan. Hinggakan perbuatan anda dahulu yang disenanginya kini menjadi satu kesalahan. Semuanya salah saja dimatanya.
13. Cepat marah
Apabila ditanya mengenai aktiviti yang dilakukannya seharian, si dia tiba-tiba naik angin dan menuduh anda mahu mengongkong kehidupannya.
14. Tidak lagi memujuk anda
Perkara biasa dalam bercinta, ada perselisihan dan rajuk. Tapi akhir-akhir ini anda dibiarkan makan hati sendirian dan tiada lagi pujuk rayu seperti dulu. Tidak peduli lagi kesedihan dan airmata anda.
15. Tidak menghubungi anda
Waktu hangat bercinta dahulu, si dialah yang sering menelefon anda. Bergayut sampai pagi pun tidak mengapa. Tidaklah pula merungut tentang bil telefon yang banyak. Resah dan tak senang duduk katanya jika seharian tidak mendengar suara anda. Rindu kononnya. Tapi kini, nak mendapat SMS darinya pun susah, apatah lagi menelefon. Lebih-lebih lagi jika bekerja outstation. Si dia hilang begitu saja. Tidak memberi khabar dan tidak juga bertanya khabar.
16. Berahsia / Menipu
Jika ditanya tentang dengan siapa dan ke mana dia pergi, si dia akan sedaya upaya mengelak daripada memberi jawapan atau lebih teruk lagi – berbohong.
17. Menghilangkan diri
Ada suatu ketika anda lost contact dengannya. SMS tiada jawapan dan panggilan hanya operator yang menjawab. Apabila ditanya keesokan hari, alasan si dia Celcom/Digi/Maxis buat hal.
18. Mula menggunakan perkataan yang kasar
Kalau dulu nak marah pun susah. Bahasa sopan dan lembut saja. Tapi kini mula meninggi suara, menyakiti dengan kata-kata yang sangat melukakan. Mula merendah-rendahkan anda. Dan mula memuji-muji orang lain dengan membandingkan kekurangan anda.
19. Tidak lagi mengambil hati ibubapa dan adik beradik anda
Kalau dulu "kamcing" betul dengan ibubapa atau adik beradik anda. Malah sangat menunjukkan sikap yang sangat hormat kepada mereka. Pandai sungguh mengambil hati. Tapi kini tidak lagi, malah tidak bertegur sapa pun. Nak buat baik pun nak buat apa kan, tiada kepentingan lagi.
20. Mula memukul anda
Barannya menjadi-jadi. Salah sikit je melenting dan mula menaikkan tangan ke tubuh badan anda. Ataupun sentiasa memberi amaran dengan mengugut anda. Mula menunjukkan sikapnya yang macam "Tai Long" ataupun gangster.

