Christiano Ronaldo derma RM27 juta kepada mangsa gempa bumi Nepal


Christiano Ronaldo, bintang bola sepak dunia, yang merupakan seorang dermawan dilaporkan menghulurkan bantuan sebanyak £5 juta (RM27 juta) kepada mangsa gempa bumi Nepal.


Majalah sukan Perancis melaporkan Christiano telah memberi sejumlah wang itu kepada organisasi kebajikan 'Save The Children' untuk membantu kesemua mangsa-mangsa yang terselamat daripada bencana itu.

'Save the Children' merupakan salah satu pertubuhan amal utama yang terlibat dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi Nepal yang berlaku bulan lalu sehingga mengorbankan seramai 7,000 mangsa.


Tambahnya lagi, Ronaldo, 30, turut menggunakan laman sosial Facebook dan Twitter pada bulan lalu untuk mendorong peminat menghulurkan bantuan bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh mangsa bencana.

Walaupun seringkali dicop sebagai berlagak, Christiano sebenarnya jauh lebih baik daripada yang disangkakan.


Baru-baru ini juga Christiano dilihat telah memuji serta memberi semangat kepada seorang budak lelaki Jepun yang cuba bercakap dengannya dalam bahasa Portugis.
Moga kebaikan insan-insan berjaya seperti ini akan menjadi ikutan lebih ramai lagi agar dunia ini dapat menjadi satu tempat yang lebih baik untuk semua.

0 comment... add one now