Tun 'M' persoal kenapa 1MDB beli RM60 sekaki persegi dan jual kepada TH dan dapat keuntungan yang sangat tinggi

Tun persoal adalah kenapa 1MDB beli RM60.00 sekaki persegi dan jual kat Tabung Haji dan dapat keuntungan yang sangat tinggi. Kalau betul nak bantu Tabung Haji, kenapa tidak jual dengan harga RM60.00 sekaki persegi kepada Tabung Haji? (Sumber : Kelab Che Det)




Lembaga Tabung Haji dipercayai mengambil keputusan menjual semula plot tanah di pusat kewangan, Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) atas nasihat Perdana Menteri setelah kecewa dengan serangan politik.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, setakat ini terdapat tiga pembeli yang sedia menawarkan pembelian pada unjuran yang menguntungkan.

Jelasnya, urusan penjualan dijangka selesai minggu depan.



”Sekarang, kami meneliti pembeli yang boleh memberi keuntungan kepada Tabung Haji.

“Langkah ini dibuat bagi menghentikan kekhuatiran rakyat dan pendeposit Tabung Haji mengenai pembelian tanah ini yang dikaitkan dengan 1MDB,” katanya.

Katanya, keputusan penjualan itu juga sudah diputuskan dan dipersetujui semua ahli Lembaga Pengarah TH dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.



Menurut Datuk Abdul Azeez, TH juga akan dapat semula 100 peratus wang yang dibayar kepada 1MDB untuk pembelian tanah itu.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang menjelaskan mengenai pembelian plot tanah seluas 0.63 hektar di TRX dengan nilai RM188.5 juta daripada 1MDB, di sini hari ini.



Penjualan segera ini dijangka tidak akan memberi keuntungan apa-apa berbanding jika Tabung Haji membangunkan sendiri akan mendapat keuntungan sekitar RM100 juta pada masa akan datang.


Pandangan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang juga Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji tentang penjualan tanah yg dibeli di TRX.




(Sumber : Wake UP Malaya dan Kelab Che Det)

0 comment... add one now