(Gambar sekadar hiasan)
Suami merupakan insan yang agak penting untuk dijaga, dibelai dan ditatap dengan penuh kasih sayang. Isteri yang solehah dan baik pastinya akan mencuba untuk menjaga sebaik mungkin hati dan perasaan si suami. Tak nak suami terasa hati, merajuk, bermasam muka dan sebagainya lagi.
Oleh yang demikian, sebelum mendirikan rumah tangga, elok la belajar dulu bab nikah kawin ni. Belajar dulu adab dalam keluarga, adab dengan mertua, cara melayan suami dan sebagainya lagi agar kita siap sedia menghadapi segala macam perkara yang bakal berlaku selepas berkahwin nanti.
ANTARA 4 CARA BERMANJA DENGAN SUAMI :
1. Keadaan dan suasana
Para isteri, sebelum bermanja dengan suami tu, anda kena lihat emosi dia. Pastikan emosi suami stabil, dalam suasana yang tidak stress, suami senyum dari pagi sampai ke petang dan sebagainya lagi. Jangan ketika suami dalam keadaan stress, kita hendak bermanja pula. Jika suami dalam keadaan stress, elok lah anda berdiam saja. Jangan ganggu dia. Berikan suami sedikit ketenangan.

2. Pewangi
Haruman yang segar lagi menggoda boleh memberikan lebih ruang selesa kepada suami dan isteri. Suasana yang mendamaikan dengan haruman yang begitu seksi akan menambahkan lagi semangat yang ada dalam diri suami. Tidak dinafikan, lelaki memang suka kepada bau yang harum dan agak menggoda.

3. Belaian
Suami sentiasa mengharapkan belaian isteri. Belailah rambut si suami ketika suami sedang menonton televisyen, sedang merehatkan diri dan sebagainya lagi. Atau peluklah suami sambil sandarkan kepala anda ke dadanya. Secara tidak langsung, dengan sentuhan dan belaian ini, suami akan rasa disayangi dan rasa tersangat diperlukan. Romantik kan..... huhuhu...

4. Pujian
Memberikan suami pujian yang baik-baik pada penampilan diri seperti rambut, muka suami, pakaian dan sebagainya. Seperti kebiasaan, lelaki selepas berkahwin, tidak lagi menjaga penampilan diri. Selalulah berikan pujian agar semangat ingin nampak kemas sentiasa ada setiap masa. Suami mana yang tidak rasa dihargai, apabila isterinya sentiasa peduli tentang penampilan dirinya.
Selamat mengamalkannya demi suami yang tercinta... Semoga rumahtangga anda semakin bahagia hendaknya... aamiin...