(Gambar sekadar hiasan)
Mengapa Rasulullah melarang seorang suami pulang safar menemui isterinya di malam hari.
إِذَا دَخَلْتُمْ لَيْلاً فَلاَ يَأْتِيَنَّ أَحَدُكُمْ أَهْلَهُ طُرُوقاً
"Jika salah seorang dari kalian musafir, janganlah dia mendatangi isterinya
di malam hari" (HR. Ahmad)
إِذَا قَدِمَ أَحَدُكُمْ لَيْلاً فَلاَ يَأْتِيَنَّ أَهْلَهُ طُرُوقًا حَتَّى تَسْتَحِدَّ الْمُغِيبَةُ وَتَمْتَشِطَ الشَّعِثَةُ
"Jika salah seorang dari kalian datang pada malam hari maka janganlah dia mendatangi isterinya. (Berilah berita terlebih dahulu) agar wanita yang ditinggalkan suaminya mencukur bulu-bulu kemaluannya dan menyisir rambutnya "(HR. Muslim)
Ketika ditinggalkan suaminya lama musafir, lalu tiba-tiba suaminya datang di malam hari, dikhuatiri isterinya tersebut tidak bersedia menyambutnya. Rambutnya tidak terurus. Bulu-bulu rahsianya mungkin juga tidak dijaga rapi dan baunya sangat tidak sedap.
Oleh itu menurut para ulama, seorang suami makruh pulang dari musafir secara tiba-tiba dimalam hari, apalagi secara sembunyi-sembunyi. Kalaupun terpaksa pulang di malam hari, digalakkan untuk menyampaikan berita terlebih dulu.
Imam An-Nawawi ketika menerangkan hadis ini dalam Syarah Shahih Muslim, beliau mengatakan bahawa larangan ini dikenakan bagi yang musafir lama dan datang secara tiba-tiba tanpa pemberitahuan. Bagi musafir yang sudah memberitahu dahulu, maka tidak termasuk dalam larangan ini.
"Bagi jika safarnya dekat dan isterinya pun mengharapkan ketibaan pada malam hari," terang beliau, "maka pulang malam pun boleh.
"Bagi jika safarnya dekat dan isterinya pun mengharapkan ketibaan pada malam hari," terang beliau, "maka pulang malam pun boleh.
Begitu pula jika telah ada maklumat awal yang memberitahu ketibaan kepada isteri dan keluarganya, tidak mengapa. "
Imam Asy-Syaukani menerangkan dalam Nailul Authar bahawa hikmah larangan musafir mendatangi isteri pada malam hari kerana kemungkinan dia mendapati isterinya yang tak sedar ketibaannya, sehingga dia tidak bersedia membersihkan diri dan bersolek.
Imam Asy-Syaukani menerangkan dalam Nailul Authar bahawa hikmah larangan musafir mendatangi isteri pada malam hari kerana kemungkinan dia mendapati isterinya yang tak sedar ketibaannya, sehingga dia tidak bersedia membersihkan diri dan bersolek.
Mengapa suami perlu memberitahu ketibaan dan isteri perlu menyambutnya dengan bersih dan rapi? Demikianlah Islam mengatur sesuai fitrah manusia. Suami isteri yang tinggal berasingan kerana musafir tentu merasakan kerinduan dan berharap kehangatan kasih sayang antara keduanya. Islam pun mensunnahkan untuk mensegerakan berhubungan sekembalinya suami dari musafir. Tentu hal itu boleh berjalan dengan baik jika keduanya telah bersedia : bersih, harum dan rapi.
Para sahabat dan sahabiyah sangat mengerti dengan sunnah ini. Itulah mengapa ketika Abu Thalhah pulang dari berjihad, Ummu Sulaim menyambutnya dengan hangat dan mengajaknya ke tempat tidur walaupun saat ini anaknya baru sahaja meninggal. Ummu Sulaim melupakan kesedihannya kehilangan anak dan tidak mahu suaminya terpikirkan berita duka itu hingga kehilangan keghairahannya. Justeru kerana kesabaran inilah, keesokan harinya Rasulullah mendoakan keberkatan bagi kedua-duanya.




