Isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datin Habibah Mahmud, adalah antara enam yang terbunuh apabila helikopter yang dinaiki terhempas ke atas sebuah sekolah di utara Pakistan.
Dilaporkan tiada murid di dalam bangunan berkenaan ketika kejadian kerana sekolah itu ditutup.
Khabar angin kedengaran, kemungkinan taliban Pakistan bertanggungjawab menembak jatuh Helikopter tersebut menggunakan peluru berpandu anti-pesawat dan sasaran sebenar mereka adalah Perdana Menteri Pakistan iaitu Nawaz Sharid.
Jurucakap tentera Pakistan, menafi sekeras-kerasnya dakwaan bahawa taliban Pakistan menembak jatuh helikpter tersebut. dan Asim Bajwa berkata nahas tersebut kerana disebabkan masalah teknikal.
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan hari ini turut mengesahkan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar cedera dalam kejadian itu dan kini dirawat di Hospital Gilgit.
"Helikopter itu membawa diplomat asing dan isteri masing-masing. Mereka dalam rangka program rasmi kerajaan Pakistan.
"Dalam kejadian itu, Duta-duta Besar Norway, Belanda dan Filipina serta isteri Duta Besar Indonesia dilaporkan meninggal dunia," kata Wisma Putra.






