10 contoh bagaimana RASULULLAH MELAYAN ISTERINYA


1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Baginda juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga atau pun untuk dijual.

2. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum Baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. 

Sayidatina Aisyah menceritakan : Kalau Nabi berada di rumah, Baginda selalu membantu urusan rumahtangga.

3. Jika mendengar azan, Baginda cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’

4. Pernah Baginda pulang pada waktu pagi dan Baginda terasa amat lapar ketika itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk dimakan. Makanan yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina Aisyah belum ke pasar. 


Maka Nabi bertanya : ‘Belum ada sarapan ya Humairah?’ (Humairah adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’).

Aisyah menjawab dengan agak serba salah : ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.... Rasulullah lantas berkata : ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.(Tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah Baginda).



5. Sebaliknya Baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. 


Rasulullah menegur : Mengapa engkau memukul isterimu?

Lantas dijawab dengan agak gementar : ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap begitu juga, jadi aku pukul lah dia.

’‘Aku tidak menanyakan alasanmu,’ sahut Rasulullah. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’


6. Pernah baginda bersabda : sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik terhadap isterinya, serta mengasihi dan lemah lembut terhadap isterinya. Prihatin, sabar dan rendah hati Baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menurunkan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

7. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH SWT dan rasa kehambaan yang sudah melekat dalam diri Rasulullah, menolak sama sekali rasa kesombongan.

8. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di khalayak ramai mahupun dalam kesendiriannya.

9. Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk Baginda, namun Baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi di malam hari dan terus-menerus beribadah sehinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

10. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. 


Apabila ditanya oleh Sayidatina Aisyah : Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin masuk ke Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?

Jawab Baginda dengan lunak : Ya Aisyah, apakah aku tidak boleh menjadi hamba-Nya yang bersyukur.

0 comment... add one now