8 PETUA MELAYAN ISTERI demi mengekalkan rumah tangga bahagia


1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau di mana-mana bahagian yang biasa dicium dan disenangi isteri.

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Sayang” pun boleh juga, tapi… dah jadi budaya kita agaknya, sebut I love you lebih mudah.


3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah-olah itu kali pertama anda melihatnya. Renung dengan penuh kasih sayang. Kemudian belailah rambutnya dengan lembut sambil mengusap-ngusap pipinya.

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara anda tidak sedap, boleh buka CD / lagu dan dengarkan lagu-lagu yang romantis, sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman ketika kamu brdua berbulan madu. Jangan pula cerita semuanya. Sehari cukuplah ungkit satu cerita. Tapi cerita yang seronok dan indah sajalah. Jangan ungkit saat-saat bergaduh pula.

6. Ajaklah dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia (isteri)  telah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih serta sangat menghargai setiap perbuatannya.

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri-isteri Rasulullah SAW dan bagaimana mereka menghadapi cabaran dalam kehidupan dan berumah tangga.

8. Tidurlah dalam keadaan berpelukan. Biarlah dia (isteri) berbantalkan lengan, dada atau bahu anda. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat. Belaian kasih sayang, tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim.

InsyaaAllah, bila isteri kita dapat merasakan yang kita betul-betul sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik lebih-lebih lagi dalam hubungan batin. Bila layanannya baik, suami "nak cari lain" pun jadi ragu-ragu, kerana bimbang yang baru dapat tidak sebaik dan sehebat isteri kita sekarang.


0 comment... add one now