8 PETUA : ELAK SUAMI ATAU ISTERI CURANG


Meskipun tidak mahu perkara ini berlaku, namun hal yang sebaliknya boleh berlaku sekiranya suami isteri lemah dalam menghadapi godaan. Kadang-kala bukan salah isterinya yang kurang pandai melayan suami, tetapi adalah kerana suaminya memang jenis mata keranjang dan bernafsu kuat.

Lebih memburukkan lagi jika pasangan sendiri memberikan peluang atau memberikan suatu persekitaran untuk  menyebabkan berlakunya kecurangan. Jadi bagaimana hendak mengelakkan pasangan anda berlaku curang?

Berikut adalah tips yang mesti diketahui oleh setiap pasangan. Kita hanyalah manusia biasa yang banyak kelemahan dan kekurangan. Tiada insan di dunia ini yang sempurna. Walaupun pasangan anda bukanlah yang terbaik, namun sekurang-sekurangnya dengan membaca tips ini, DIA sedang cuba yang buat terbaik untuk anda :

1) Selalu berpenampilan menarik
Setelah menjalani alam rumahtangga bertahun-tahun, penampilan diri selalunya diabaikan. Keinginan untuk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun begitu bila berada diluar seperti ditempat kerja, penampilan kita selalunya berbeza. Di luar, biasanya para isteri ini memang cantik.
Kita cukup mengambil berat soal penampilan bila berhadapan dengan orang lain terutamanya jika ada yang memuji-muji kita. Puji-pujjian ini ini merupakan salah satu punca yang memungkinkan berlakunya kecurangan, jika tidak kuat imannya.

2) Kehidupan seks yang sihat
Sentiasa memenuhi keperluan seks pasangan anda. Sangat penting untuk menjaga perkahwinan yang utuh. Banyak kes penceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah seks suami isteri. Jika anda menghadapi masalah yang berkaitan dengannya, berusahalah untuk mengatasinya secepat yang mungkin. Banyakkanlah membaca atau merujuk pada yang pakar demi menyelamatkan rumah tangga anda..

3) Persamaan
Menikahlah dengan lelaki atau perempuan yang anda rasa ada persamaan dengan anda. Sama dalam erti : sama menariknya, berpendidikan setara dan memiliki pendapatan yang hampir sama. Percaya atau tidak, persamaan yang banyak antara suami isteri dapat mengecilkan kecenderungan untuk berlakunya kecurangan.

4) Waspada
Jika anda mengesan pasangan anda berlaku curang, jangan ragu untuk menyiasatnya. Kecurangan akan berlangsung lebih lama jika pasangan anda berasa senang dan jauh dari jangkauan anda. Cegah sebelum parah.

5) Waktu hanya berdua
Ada pasangan menganggap perkara ini sebagai perkara remeh-temeh dan tidak mengambil berat tentang ini. Waktu romantis hanya untuk anda berdua sekurang-kurangnya seminggu sekali cukup penting untuk membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.

6) Mencari Kaunselor
Jangan ragu untuk  mendapatkan khidmat daripada kaunselor ataupun "orang tengah" sekiranya merasakan hubungan anda menghadapi masalah atau ada masalah yang sukar untuk diatasi. Rumah tangga ini diibaratkan seperti sebuah kebun bunga, tidak akan nampak segar dan indah tanpa disiram dan dibaja. Jika bukan anda berdua yang bersikap proaktif dalam menjaga keutuhan rumahtangga, siapa lagi yang boleh anda harapkan?

7) Menghargai pasangan
Hargailah pasangan, kerana penghargaan akan dibalas dengan kesetiaan. Ucapkanlah terima kasih setiap kali pasangan membantu anda. Sekali sekala berilah hadiah untuk suami ataupun isteri sebagai tanda anda menghargai apa yang dilakukan untuk anda.

8) Bersahabat dengan rakan-rakan pasangan anda
Sekiranya pasangan anda curang, anda lebih cepat mengetahuinya melalui rakan-rakannya dan tindakan segera boleh cepat diambil sebelum segala-galanya terlambat. 

0 comment... add one now