RESEPI : KEK LAPIS WINTER SONATA


Bahan-Bahan

20 biji putih telur 
16 oz. mentega 
1½ gelas tepung jagung
1½ gelas tepung jagung
1 gelas gula kastor
½ gelas serbuk coffee Mate
1 tin kecil Nestle Reduced Cream
1 sudu makan perisa vanilla
1 sudu makan ovalette
1 sudu teh butter oil
3oz air sejuk
Pewarna Kuning dan hijau Muda 


Cara-cara


1. Pukul mentega hingga naik dan putih, ketepikan. 


2. Pukul putih telur dengan gula sampai kembang dan sebati. 


3. Lepas itu campurkan kedua-dua adunan itu lalu digaul rata. 


4. Kemudian itu masukkan tepung jagung, tepung Hong Kong dan ovalette, gaul rata-rata. 


5. Akhir sekali masukkan air sejuk serta gaul hingga ia sebati. Selepas itu, bahagikan adunan itu kepada 3 bahagian iaitu: 


-bahagian I - Nestle Reduced Cream dan butter oil (dibahagi 2)

-bahagian II - Serbuk coffee Mate dan perisa vanilla serta warna hijau muda

-bahagian III - warna kuning

6. Lapis adunan I dahulu yg dibahagi tadi sampai masak, bila ia masak, lapiskan adunan II sebanyak 4 sudu makan.


7. Bakar hingga masak dan bila masak, lapiskan pula adunan III sebanyak 4 sudu makan, juga sampai masak.


8. Buatlah begitu berlapis-lapis hingga habis dan masak untuk adunan II dan III dan apabila ia masak kesemuanya barulah lapis adunan terakhir iaitu adunan I tadi utk penutup kek ini, bakarlah sampai ia masak dan teratur.

0 comment... add one now