9 Siti : Perlu dijadikan contoh wanita zaman sekarang

(Gambar sekadar hiasan)

1) Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah
Anak kepada Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali Karamallahu Wajhah walaupun Ali seorang yang miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah bersabda, "Aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu".

3) Siti Aishah
Beliau adalah isteri kepada Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Rasulullah minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
Wanita mulia yang menjadi ibu kandung kepada Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti’ah
Wanita pertama yang masuk ke syurga ialah Siti Muti'ah. Beliau adalah seorang isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
Seorang wanita kaya yang dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk  membina terusan untuk kegunaan dan kemudahan orang ramai hanya dengan niat kerana Allah s.w.t.



1 comment... add one now

AbuHaneef AbuHaneef 10:46 pm
bolehkah ditambah 'siti' kpd nama-nama mereka ini? adakah terdpt dlm qur'an dan kitab-kitab sirah?