Kisah hidup dan biodata Ustaz Azhar Idrus
UAI atau Ustaz Azhar Idrus, penceramah dari Terengganu yang dikenali dan disanjungi ramai masyarakat khususnya remaja. Setiap kali beliau berceramah, tidak kira dimana, ribuan orang yang hadir. Kehangatan Facebook juga sedikit sebanyak “mempopularkan” Ustaz ini dengan setiap kata-kata nasihat dan penjelasan berkenaan agama darinya dikongsikan secara viral dan tidak pernah putus.
Ustaz Azhar adalah salah seorang ahli dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di sekitar Terengganu.
Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk membuat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuan asalnya adalah hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik tersebut, dan bukannya untuk mencari populariti.
(Wajah Ustaz Azhar Idrus ketika muda)
Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk membuat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuan asalnya adalah hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik tersebut, dan bukannya untuk mencari populariti.
Ustaz Azhar aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Telah menjadi rutin kelapangan pada waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama dengan kawan-kawannya. Malah ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.
Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, beliau mengambil keputusan berhenti kerja di Utusan Malaysia dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika itulah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.
Mengimbas kembali bagaimana beliau mendapat hidayah untuk berubah adalah apabila rakan baiknya menghilang diri selama 5 tahun dan rakannya itu muncul kembali dalam satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkah lakunya. Tahulah Ustaz bahawa rakannya itu belajar dan mendalami ilmu agama di Patani.
Apabila melihat kehebatan rakannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga. Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog.
- Bersekolah di Sek. Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
- Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
- Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
- Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
- Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
Biodata Ringkas UAI:
Nama :
Ustaz Azhar Bin Idrus
Ustaz Azhar Bin Idrus
Tarikh Lahir :
12 Februari 1964
12 Februari 1964
Berasal :
Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu
Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu
Hobi :
Mengembara (taakulan penulis) dan fotografi Alam Hidupan.
Mengembara (taakulan penulis) dan fotografi Alam Hidupan.
Pendidikan :
1.Sek. Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah.
2.Sek. Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2).
3.Sek. Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6).
4.Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
5.Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan 8 orang guru dalam tempoh 12 tahun.

Pengalaman :
1. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985.
2. Antara guru beliau ialah Tn. Guru Haji Muhammad Zin, Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
3. Mula mengajar (hanya menyampaikan yang sekadar tahu sahaja, kata beliau) di surau ladang, kampungnya.

Anak :
1.Nur Madihah Asyiqin (20 tahun)
2.Nur Farhah (19 tahun)
3.Mohd Faqihuddin (18 Tahun)
4.Mohd Zuhaili (16 tahun)
5.Ikhwan Najmi (14 tahun)
6.Khairul Mukmin (7 tahun)
7.Rasydan (6 tahun)
2.Nur Farhah (19 tahun)
3.Mohd Faqihuddin (18 Tahun)
4.Mohd Zuhaili (16 tahun)
5.Ikhwan Najmi (14 tahun)
6.Khairul Mukmin (7 tahun)
7.Rasydan (6 tahun)
Sehingga hari ini, nama Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra sebagai UAI amat disenangi oleh ramai orang terutamanya golongan remaja yang majoritinya mula memahami Islam dengan lebih mendalam selepas mengenali UAI samaada secara bertemu secara langsung mahupun sekadar membuat rujukan dari pelbagai ilmu yang disampaikan melalui Youtube, Facebook dan sebagainya. Ustaz Azhar Idrus sangat mesra dan rapat kepada golongan blogger yang menjadikan UAI benar-benar seorang Ustaz yang terbuka mindanya serta celik IT.
Antara kata-kata / motivasi Ustaz Azhar Idrus yang popular di internet / facebook.
Antara kata-kata / motivasi Ustaz Azhar Idrus yang popular di internet / facebook.

.jpg)
.jpg)
.jpg)